Powered By Blogger

Monday 21 April 2014

Super Mokh

Super Mokh merupakan gelaran bagi seorang lagenda bola sepak Malaysia iaitu  Dato'Mohamad Mokhtar Dahari.Beliau telah meninggalkan kita semua pada tarikh 11 Julai 1991.Beliau berasal dari Selangor.Gelaran Super Mokh diberi kepada beliau disebabkan kecermelanganya menjaringkan gol sepanjang kariernya.Dia mewakili Malaysia pada tahun 1972 hingga 1985.
                                       
      Beliau dilahirkan di Setapak,Kuala Lumpur.Pendidikan awal adalah di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria.Beliau mula mewakili Selangor pada tahun 1971 untuk Piala Burney.Di samping itu,beliau juga pernah menyertai  beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman,PKNS,Talasco dan Kwong Yik Bank atau sekarang lebih dikenali sebagai RHB BANK.
     Penampilan pertama beliau bersama negara adalah pada tahun 1972 iaitu untuk Pesta Bola Merdeka.Manakala perlawanan terakhir beliau ialah pada tahun 1985 iaitu ketika menentang Korea Selatan bagi perlwanan PRA-Piala Dunia.
     Pada usia 23 tahun Super Mokh telah diiktiraf  Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik di Asia.Beliau juga telah dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.Kelebihan yang dimiliki oleh beliau adalah sepakan deras seperti peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R.Arumugam,iaitu bekas penjaga gol negara patah ketika cuba menampannya.Beliau juga seorang striker yang bijiak kerana sering meloloskan diri daripada musuh dengan senangnya.
   Beliau berjaya meletakkan Malaysia pada kedudukan yang tertinggi di bola sepak ASIA apabila berjaya mengikat Skuad England B yang dibimbing oleh Bobby Robson dengan jaringan 1-1.
   Di samping itu,beliau tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan beliau idola yang diminati.
  Oleh itu,janganlah kita tangisi kehilangan permata yang berharga tetapi mencuba menjadikannya motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara menjadi segar seperti dulu kala.
   
                                                MALAYSIA  BOLEHHH!!!!

No comments:

Post a Comment