Powered By Blogger

Wednesday 23 April 2014

Kisah mengenai Nabi Idris AS yang melihat Syurga dan Neraka...

Setiap hari Malaikat Izrael dan Nabi Idris beribadah bersama. Suatu kali, sekali lagi Nabi Idris mengajukan permintaan. “Bisakah engkau membawa saya melihat surga dan neraka?”

“Wahai Nabi Allah, lagi-lagi permintaanmu aneh,” kata Izrael.

Setelah Malaikat Izrael memohon izin kepada Allah, dibawanya Nabi Idris ke tempat yang ingin dilihatnya.

“Ya Nabi Allah, mengapa ingin melihat neraka? Bahkan para Malaikat pun takut melihatnya,” kata Izrael.

“Terus terang, saya takut sekali kepada Azab Allah itu. Tapi mudah-mudahan, iman saya menjadi tebal setelah melihatnya,” Nabi Idris menjelaskan alasannya.

Waktu mereka sampai ke dekat neraka, Nabi Idris langsung pingsan. Penjaga neraka adalah Malaikat yang sangat menakutkan. Ia menyeret dan menyiksa manusia-manusia yang durhaka kepada Allah semasa hidupnya. Nabi Idris tidak sanggup menyaksikan berbagai siksaan yang mengerikan itu. Api neraka berkobar dahsyat, bunyinya bergemuruh menakutkan, tak ada pemandangan yang lebih mengerikan dibanding tempat ini.

Dengan tubuh lemas Nabi Idris meninggalkan tempat yang mengerikan itu. Kemudian Izrael membawa Nabi Idris ke surga. “Assalamu’alaikum…” kata Izrael kepada Malaikat Ridwan, Malaikat penjaga pintu surga yang sangat tampan.

Wajah Malaikat Ridwan selalu berseri-seri di hiasi senyum ramah. Siapapun akan senang memandangnya. Sikapnya amat sopan, dengan lemah lembut ia mempersilahkan para penghuni surga untuk memasuki tempat yang mulia itu.

Waktu melihat isi surga, Nabi Idris kembali nyaris pingsan karena terpesona. Semua yang ada di dalamnya begitu indah dan menakjubkan. Nabi Idris terpukau tanpa bisa berkata-kata melihat pemandangan sangat indah di depannya. “Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah…” ucap Nabi Idris beulang-ulang.



Nabi Idris melihat sungai-sungai yang airnya bening seperti kaca. Di pinggir sungai terdapat pohon-pohon yang batangnya terbuat dari emas dan perak. Ada juga istana-istana pualam bagi penghuni surga. Pohon buah-buahan ada disetiap penjuru. Buahnya segar, ranum dan harum.

Waktu berkeliling di sana, Nabi Idris diiringi pelayan surga. Mereka adalah para bidadari yang cantik jelita dan anak-anak muda yang amat tampan wajahnya. Mereka bertingkah laku dan berbicara dengan sopan.

Mendadak Nabi Idris ingin minum air sungai surga. “Bolehkah saya meminumnya? Airnya kelihatan sejuk dan segar sekali.”

“Silakan minum, inilah minuman untuk penghuni surga.” Jawab Izrael. Pelayan surga datang membawakan gelas minuman berupa piala yang terbuat dari emas dan perak. Nabi Idris pun minum air itu dengan nikmat. Dia amat bersyukur bisa menikmati air minum yang begitu segar dan luar biasa enak. Tak pernah terbayangkan olehnya ada minuman selezat itu. “Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,” Nabi Idris mengucap syukur berulang-ulang.

Setelah puas melihat surga, tibalah waktunya pergi bagi Nabi Idris untuk kembali ke bumi. Tapi ia tidak mau kembali ke bumi. Hatinya sudah terpikat keindahan dan kenikmatan surga Allah.

“Saya tidak mau keluar dari surga ini, saya ingin beribadah kepada Allah sampai hari kiamat nanti,” kata Nabi Idris.

“Tuan boleh tinggal di sini setelah kiamat nanti, setelah semua amal ibadah di hisab oleh Allah, baru tuan bisa menghuni surga bersama para Nabi dan orang yang beriman lainnya,” kata Izrael.

“Tapi Allah itu Maha Pengasih, terutama kepada Nabi-Nya. Akhirnya Allah mengkaruniakan sebuah tempat yang mulia di langit, dan Nabi Idris menjadi satu-satunya Nabi yang menghuni surga tanpa mengalami kematian. Waktu diangkat ke tempat itu, Nabi Isris berusia 82 tahun.

Firman Allah:

“Dan ceritakanlah Idris di dalam Al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah orang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi, dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (QS Al-Anbiya:85-86).

***
Pada saat Nabi Muhammad sedang melakukan perjalanan Isra’ Mi’raj ke langit, beliau bertemu Nabi Idris. “Siapa orang ini? Tanya Nabi Muhammad kepada Jibril yang mendampinginya waktu itu.

“Inilah Idris,” jawab Jibril. Nabi Muhammad mendapat penjelasan Allah tentang Idris dalam Al-Qur’an Surat Al-Anbiya ayat 85 dan 86, serta Surat Maryam ayat 56 dan 57.

Tuesday 22 April 2014

Ciri-ciri yang ada pada seorang pemain yang hebat dan berkualiti....


     Seorang pemain bolasepak yang hebat sudah tentu mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dan kemahiran yang tinggi, serta dilengkapi pula dengan sikap yang positif dan pengalaman yang mencukupi. Permainan sukan bolasepak bukannya sekadar menyepak, menggelecek, menanduk, mendada, atau menimang bola sahaja tetapi lebih daripada itu. Di sini hendak membincangkan tentang tiga aspek yang utama iaitu teknikal, mental, dan fizikal.


[A] TEKNIKAL

A.1. Mengambil sepakan penjuru (tendangan sudut). Ketepatannya bergantung kepada menjangka pergerakan rakan-rakan sepasukan dan membuat keputusan untuk menghantar bola ke kawasan yang dijangka. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah David Beckham.


A.2. Membuat hantaran silang (hantaran lintang). Ketepatannya bergantung kepada menjangka pergerakan rakan-rakan sepasukan dan membuat keputusan untuk menghantar bola ke kawasan yang dijangka pada masa yang sesuai. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah David Beckham.


A.3. Menggelecek. Keberkesanannya bergantung kepada menjangka pergerakan pemain-pemain pasukan lawan dan kemampuan untuk memperdaya mereka. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Lionel Messi.


A.4. Melakukan penyudah. Ketepatan tendangan ke arah pintu gol bergantung kepada membuat keputusan yang tenang dalam keadaan yang tertekan dengan memilih tempat dan masa yang sesuai untuk menggunakan teknik tendangan yang betul. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Thierry Henry.


A.5. Menampan bola (sentuhan pertama). Kecekapan mengawal bola dengan kemas apabila menerimanya bergantung kepada kreativiti (mengenal pasti pilihan yang ada) dan membuat keputusan untuk memilih jalan yang terbaik sebelum bola sampai ke kaki. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Zinedine Zidane.


A.6. Mengambil sepakan percuma. Ketepatannya bergantung kepada teknik tendangan dan membuat keputusan untuk menghalakan bola ke tempat sasaran dengan bijak. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Cristiano Ronaldo.


A.7. Menanduk. Ketepatannya bergantung kepada menjangka di mana bola akan berada dan membuat keputusan untuk memilih cara tandukan serta ke mana bola akan pergi. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Zinedine Zidane.


A.8. Membuat tendangan jarak jauh. Ketepatannya bergantung kepada mengenal pasti pilihan yang ada dan membuat keputusan untuk melakukan teknik tendangan yang deras ke arah pintu gol. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Steven Gerrard.


A.9. Membaling bola (lontaran ke dalam) jarak jauh. Ketepatannya bergantung kepada jarak dan membuat keputusan untuk menghantar bola ke tempat yang hendak dituju. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Rory Delap.


A.10. Menjejaki pemain lawan. Keberkesanannya bergantung kepada kemampuan untuk mengekori serta menggasak pemain lawan apabila bertahan di samping memahami kawasan permainannya. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Fabio Cannavaro.


A.11. Melakukan hantaran. Ketepatannya bergantung kepada menjangka pergerakan rakan-rakan sepasukan dan mengenal pasti pilihan yang ada serta membuat keputusan bila, bagaimana, dan kepada siapa untuk membuat hantaran. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Xavi Hernandez.


A.12. Mengambil sepakan penalti. Ketepatannya bergantung kepada membuat keputusan untuk menendang bola tepat ke sasaran selain dapat menenangkan diri dalam keadaan yang tertekan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Lionel Messi.


A.13. Menggasak pemain lawan. Keberkesanannya bergantung kepada pemilihan waktu dan membuat keputusan untuk melakukan terjahan dengan penuh ketangkasan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Alessandro Nesta.


A.14. Mempunyai teknik tertentu. Kepelbagaiannya bergantung kepada tingkat kebolehan seseorang pemain. Lebih tinggi tekniknya maka lebih banyak perkara yang boleh dilakukan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Zinedine Zidane.


[B] MENTAL

B.1. Pelanggaran. Permainan yang agresif adalah lebih bertenaga dan banyak bertempur. Permainan yang kurang agresif adalah tidak tegas dan suka menurut. Sifat agresif tidak berkait secara langsung dengan kekerasan kerana permainan yang kasar lebih bergantung kepada kelicikan dan semangat kesukanan seseorang pemain. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Patrick Vieira.


B.2. Penjangkaan. Kepandaian membaca permainan atau mengagak pergerakan pemain-pemain lain adalah sangat membantu dalam membuat keputusan sebelum berlakunya hantaran, larian, pemintasan, dan lain-lain. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah John Terry.


B.3. Keberanian. Pengorbanan yang akan dilakukan untuk mendapatkan kelebihan dalam permainan seperti memenangi bola ataupun mengelak gawang sendiri dibolosi walaupun terdapat risiko kecederaan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Carles Puyol.


B.4. Ketenangan. Kehandalan beraksi di sebalik tekanan samada daripada pihak lawan mahupun semasa ingin membuat jaringan atau hantaran pada saat penting. Keputusan yang bijak adalah bergantung kepada ketenangan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Frank Lampard.


B.5. Perhatian. Kemampuan untuk membuat keputusan serta jangkaan yang betul dalam tempoh masa yang panjang. Jika tidak, penumpuan atau konsentrasi yang rendah akan menyebabkan lebih banyak kesilapan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Marcel Desailly.


B.6. Kreativiti. Kebolehan mengenal pasti pilihan yang ada sebelum membuat keputusan yang bijak. Lebih kreatif bermakna lebih banyak pilihan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Ronaldinho.


B.7. Keputusan. Kemampuan untuk membuat keputusan yang baik adalah amat penting. Seorang pemain itu sentiasa disajikan dengan pelbagai pilihan, dan kemampuan itulah yang akan menentukan samada pilihan tersebut adalah yang terbaik serta bagaimana dan bila akan dilaksanakan. Keputusan adalah mengenai apa, bila, dan bagaimana. Keputusan turut bergantung kepada kreativiti dan juga teknik. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Juan Roman Riquelme.


B.8. Ketabahan. Kesungguhan pemain dalam memberikan 100% dalam perlawanan. Pemain yang tidak cukup tekad akan menyerah kalah lebih awal berbanding pemain yang berjuang habis-habisan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Michael Ballack.


B.9. Bakat. Kecenderungan untuk melakukan sesuatu yang tidak diduga. Pemain berbakat mempunyai kelainan serta gaya yang luar biasa. Bakat tersebut membolehkannya mengatasi jangkaan pemain lawan melalui kreativiti, keputusan, dan apa sahaja kebolehan yang diperlukan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Rene Higuita.


B.10. Pengaruh. Kepimpinan boleh menentukan kehebatan seorang ketua pasukan. Sekiranya tiada pengaruh yang kuat, pemain-pemain lain tidak akan menghormati keputusan pemilihan kapten mahupun mendengar percakapannya semasa mesyuarat tergempar. Seorang kapten yang berpengaruh akan mewujudkan keharmonian di dalam skuad. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Gianluigi Buffon.


B.11. Tanpa bola. Kemampuan untuk memanfaatkan ruang apabila tidak memiliki bola adalah sangat mustahak. Bukan sahaja penting buat seorang pemain siap sedia untuk menerima bola, tetapi juga untuk menarik keluar pemain-pemain lawan dari kedudukan asal mereka agar dapat membuka ruang serta peluang bagi rakan-rakan sepasukan. Kemampuan ini bergantung kepada keputusan untuk menentukan bila, bagaimana, dan di mana untuk melakukan pergerakan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Francesco Totti.


B.12. Kedudukan. Kemampuan untuk meletakkan diri di posisi yang betul adalah berdasarkan keadaan yang berlaku di sekeliling pemain. Kedudukan yang baik turut bergantung kepada menjangka pergerakan pemain-pemain lain dan juga membuat keputusan ke mana mahu bergerak. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Claude Makelele.


B.13. Kerjasama. Kemampuan pemain untuk mengawal ego. Pemain yang kurang kerja berpasukan akan meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan bersama sebagai sebuah pasukan, seperti cuba melakukan tendangan ke arah gol daripada membuat hantaran kepada rakan sepasukan, walaupun hakikatnya rakan sepasukan berada di kedudukan yang lebih baik untuk menjaringkan gol. Pemain yang bekerja secara berpasukan akan membuat keputusan berlandaskan apa yang terbaik untuk pasukan, bukan apa yang terbaik untuk dirinya. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Andres Iniesta.


B.14. Kerajinan. Ketekunan akan menentukan berapa kerap seorang pemain itu sedang giat bermain. Pemain yang pasif tidak menghabiskan terlalu banyak masa dalam membuat keputusan ketika tidak memiliki bola, sebaliknya hanya menunggu sahaja peluang untuk muncul dan tidak cuba mencipta peluang untuk diri sendiri. Pemain yang aktif selalu bersiap sedia dan akan melibatkan dirinya dalam permainan sebanyak yang mungkin. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Wayne Rooney.


[C] FIZIKAL

C.1. Pecutan. Kepantasan seorang pemain mencapai kelajuan maksimumnya adalah berhubung rapat dengan tahap kecepatan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Gareth Bale.


C.2. Kelincahan. Pergerakan dapat dilakukan oleh seorang pemain dengan mudah. Pemain yang kurang lincah kelihatan agak lesu permainannya manakala pemain yang lincah permainannya adalah sangat tangkas. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Neymar.


C.3. Keseimbangan. Ketahanan seorang pemain untuk kekal tidak jatuh walaupun dalam tekanan. Keseimbangan sering kali berkait rapat dengan tahap kekuatan dalam situasi bahu ke bahu, dan menentukan samada pemain terus dapat bertahan di atas kakinya sendiri apabila menghadapi tekanan seperti asakan dan sebagainya. Pemain yang mempunyai keseimbangan yang baik akan bertahan lebih lama. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Lionel Messi.


C.4. Loncatan. Ketinggian maksimum yang boleh dicapai oleh seorang pemain apabila melompat. Lompatan adalah apabila kepala seorang pemain itu sejauh yang boleh dari tanah. Ketinggian pemain juga turut dikira, pertama sekali untuk menentukan samada pemain tersebut perlu melompat ataupun tidak. Umumnya, dua pemain yang boleh melompat dengan baik berupaya mencapai ketinggian yang lebih kurang sama. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Cristiano Ronaldo.


C.5. Kecergasan semulajadi. Pemulihan setelah kemerosotan tahap fizikal. Dalam tempoh jangka masa panjang, kecergasan mengawal kadar penurunan apabila merujuk kepada tahap fizikal. Di samping itu, kecergasan membolehkan seorang pemain yang mengalami kecederaan berupaya untuk sembuh dengan lebih baik. Pada dasarnya, kecergasan yang tinggi bererti kerjaya yang lebih panjang dan kesembuhan yang lebih cepat. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Ryan Giggs.


C.6. Kecepatan. Kelajuan maksimal bersangkut paut secara longgar dengan kebolehan membuat keputusan untuk menggunakan kelajuan pada waktu yang sesuai. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Cristiano Ronaldo.


C.7. Stamina. Keuletan mengawal kadar penurunan kondisi pemain. Apabila stamina lebih tinggi, lebih lama seorang pemain itu terus bermain tanpa rasa penat atau letih. Stamina berhubung sepenuhnya dengan keadaan perlawanan seseorang pemain. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Javier Zanetti.


C.8. Kekuatan. Ketegapan pemain hanya digunakan bagi menentang pemain lawan, membantu menentukan siapa yang akan memenangi asakan, dalam situasi bahu ke bahu dan sebagainya. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Didier Drogba.


Sebagai rumusan, adalah sangat penting bagi tiap-tiap pemain yang ingin berjaya untuk sentiasa belajar dan memperbaiki diri dari masa ke semasa. Dalam dunia sukan bolasepak, setiap permulaan ada pengakhirannya seperti juga dalam kehidupan. Hanya segelintir yang bertuah sahaja yang diberi peluang, pilihan, dan perubahan. Oleh itu, hargailah apa jua kebaikan yang telah diperolehi dan berusaha untuk melakukan yang terbaik dengan harapan kebaikan turut hadir di penghujungnya.

Monday 21 April 2014

Super Mokh

Super Mokh merupakan gelaran bagi seorang lagenda bola sepak Malaysia iaitu  Dato'Mohamad Mokhtar Dahari.Beliau telah meninggalkan kita semua pada tarikh 11 Julai 1991.Beliau berasal dari Selangor.Gelaran Super Mokh diberi kepada beliau disebabkan kecermelanganya menjaringkan gol sepanjang kariernya.Dia mewakili Malaysia pada tahun 1972 hingga 1985.
                                       
      Beliau dilahirkan di Setapak,Kuala Lumpur.Pendidikan awal adalah di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria.Beliau mula mewakili Selangor pada tahun 1971 untuk Piala Burney.Di samping itu,beliau juga pernah menyertai  beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman,PKNS,Talasco dan Kwong Yik Bank atau sekarang lebih dikenali sebagai RHB BANK.
     Penampilan pertama beliau bersama negara adalah pada tahun 1972 iaitu untuk Pesta Bola Merdeka.Manakala perlawanan terakhir beliau ialah pada tahun 1985 iaitu ketika menentang Korea Selatan bagi perlwanan PRA-Piala Dunia.
     Pada usia 23 tahun Super Mokh telah diiktiraf  Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik di Asia.Beliau juga telah dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.Kelebihan yang dimiliki oleh beliau adalah sepakan deras seperti peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R.Arumugam,iaitu bekas penjaga gol negara patah ketika cuba menampannya.Beliau juga seorang striker yang bijiak kerana sering meloloskan diri daripada musuh dengan senangnya.
   Beliau berjaya meletakkan Malaysia pada kedudukan yang tertinggi di bola sepak ASIA apabila berjaya mengikat Skuad England B yang dibimbing oleh Bobby Robson dengan jaringan 1-1.
   Di samping itu,beliau tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan beliau idola yang diminati.
  Oleh itu,janganlah kita tangisi kehilangan permata yang berharga tetapi mencuba menjadikannya motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara menjadi segar seperti dulu kala.
   
                                                MALAYSIA  BOLEHHH!!!!

Bermulanya Bola Sepakk...

Sukan bola sepak tidak asing lagi dengan kita.Ramai yang meminatinya tidak kira lelaki atau perempuan.Bola sepak sebenarnya tidak diketahui asalnya dari mana.Ini disebabkan  tiada satu pun catatan sejarah yang menyatakan tentang permulaan bola sepak.Terdapat empat negara yang menyatakan bahawa bola sepak datangnya dari negara mereka.Negara itu ialah Rom Kuno,China,Jepun dan Greece.
               Perlawanan bola sepak pertama dipercayai adalah diantara China dan Jepun.Catatan ini terdapat di sebuah  muzium di Munich yang ditulis oleh Li Ju.Beliau mencatatkan  perlawanan itu berlangsung sekitar tahun 1000 sebelum masihi.Orang-orang Jepun dikatakan telah bermain bola sepak pada abad pertama iaitu di Kyoto. Orang-orang Rom dan Greek Kuno pula mengakui bahawa mereka telah bermain bola sepak sekitar tahun 500 sebelum masihi. Selain dari catatan sejarah permulaannya, tidak ada pula catatan tentang bagaimana ia dimainkan
             Menjelang selepas masihi Mexico dan England pula mengakui bahawa bola sepak berasal dari negara mareka. Walau bagaimana pengakuan kedua negara ini tidak disertai dengan bukti yang kukuh. Di England, bola sepak dipercayai dimainkan pada tahun 276 masihi. Pada masa ini, bola sepak dimainkan dengan tiada peraturan, mereka boleh memegang dan membawa lari bola. Pintu gol pula bermacam-macam jenis  dan saiz. Akhirnya pada tahun 1846, Universiti Cambridge dan beberapa pusat pengajian tinggi di England telah menggubal undang-undang tentang permainan bola sepak. Walaupun ianya tidak lengkap, tetapi dari sinilah permulaan undang-undang bola sepak yang dapat kita lihat hinggalah ke hari ini. Apabila Persatuan Bola Sepak England ditubuhkan pada tahun 1863 undang-undang bola sepak terus diperkemas dan menjadi undang-undang rasmi bola sepak. Pada tahun 1871, pertandingan Piala Persatuan Bola Sepak England dimulakan. Pada tahun 1885, bola sepak profesional telah dimulakan, pemain dibayar mengikut kebolehan mereka. Perlawanan bola sepak yang pertama bertaraf antarabangsa ialah di antara England dan Scotland tahun 1872 di Glasgow, Scotland. 
              Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah ditubuhkan  pada tahun 1904 di Paris. Negara yang bertanggungjawab dalam penubuhan persatuan ini ialah Belgium, Perancis, Belanda, Sepanyol, Sweden dan Switzerland. Selepas perang dunia pertama anggota FIFA melebihi 50 buah negara, dan kini hampir 180 buah negara menjadi ahlinya. Selepas itu bola sepak terus berkembang dan diminati ramai. Pada tahun1930 Pertandingan Piala Dunia diperkenalkan dan ianya terus kekal hingga ke hari ini. Pertandingan ini merupakan salah satu pertandingan yang terungul dalam arena bola sepak.   
Bola sepak mula diperkenalkan di Malaysia dalam tahun 1825 oleh askar-askar Inggeris.Bola sepak merupakan satu-satunya permainan pertama dari luar yang dibawa masuk ke negara ini. Pada tahun 1905, Liga Bola Sepak Amatur Selangor ditubuhkan. Stadium pertama yang dibina ialah Stadium Merdeka yang menelan belanja sejuta runggit. Bersempena dengan pembukaan Stadium Merdeka dan sebagai menyambut hari kemerdekaan satu Pesta Bola Merdeka telah diadakan dan ianya terus kekal hingga ke hari ini.
       Kini, bola sepak merupakan permainan utama di dunia dan dimainkan oleh segenap lapisan masyarakat Kejohanan Piala Dunia merupakan kejohanan yang paling diminati  yang diadakan empat tahun sekali. Negara seperti Brazil, Itali, Perancis, England adalah negara terkuat dalam  bola sepak. Bola sepak juga kini dijadikan permainan secara kormesil yang mendatangkan keuntungan jutaan ringgit kepada pemain dan kelab-kelab. Antara pemain yang terunggul abad ini ialah Pele, Johan Cruff, Franze BeckeKini, bola sepak merupakan permainan utama di dunia dan dimainkan oleh segenap lapisan masyarakat Kejohanan Piala Dunia merupakan kejohanan yang paling diminati  yang diadakan empat tahun sekali. Negara seperti Brazil, Itali, Perancis, England adalah negara terkuat dalam  bola sepak. Bola sepak juga kini dijadikan permainan secara kormesil yang mendatangkan keuntungan jutaan ringgit kepada pemain dan kelab-kelab. Antara pemain yang terunggul abad ini ialah Pele, Johan Cruff, Franze Beckembauer, Maradona, Ronaldo,Messi,Cristiano Ronaldo,Frank Lampard dan banyak lagi.